Lokasi
De' Noraini Kedawang Homestay terdiri daripada tiga (3) buah rumah iaitu Rumah De'Alia, Rumah De'Anis dan Rumah De'Aina yang terletak di No.912 dan No.913 Kampung Gelam, Kedawang, Pulau Langkawi, iaitu kira-kira 10km dari pekan Kuah.
Walaupun jaraknya 10km dari pekan Kuah namun perjalanan anda untuk membeli barangan bebas cukai di pekan Kuah akan mengambil masa kurang dari 10 minit kerana lalulintas di sini tidaklah sesibuk bandar-bandar di semenanjung.
Kedua-dua buah homestay ini amat sesuai untuk semua keluarga yang inginkan penginapan yang murah, bersih dan selesa semasa bercuti dan membeli barangan bebas cukai di Langkawi.
Kemudahan Yang Disediakan.
Untuk pengetahuan, De' Noraini Kedawang Homestay baru sahaja beroperasi oleh itu, kami sentiasa akan memberi yang terbaik kepada setiap penginap. Anda juga akan merasa seronok dan selesa seperti berada di dalam rumah sendiri. Kemudahan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terjaga. Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan De' Noraini Kedawang Homestay Homestay.